Kepada pengikut-pengikut blog "Aku dan Dunia Forex"......
Azam baru untuk lebih serius dalam bidang forex. Insyaallah dengan 'post' kali ini akan lebih bermaklumat dan akan memperkenalkan apa yang dikatakan Forex mencipta kekayaan terpantas dengan teknik yang betul dan disiplin diri yang tinggi serta jiwa yang kental mengharungi 'Tsunami' dalam dunia forex.

Terus-terang saya katakan, walaupun usaha saya belum menampakkan kejayaan, saya masih percaya pada kemampuan diri untuk terus bertahan dalam dunia FOREX. Bermula pada akhir tahun 2007 sehingga sekarang saya dan Forex tak dapat dipisahkan. Insyaallah, dengan usaha yang terbaru ini akan menambahkan dan memantapkan pengetahuan saya tentang dunia Forex.
Tujuan saya menulis blog ini bukan untuk mengajar saudara / saudari tetapi lebih kepada mengajar diri sendiri sebenarnya. Bijak pandai mengatakan, "Kalau kita baca kita faham, kalau kita baca dan tulis kita akan faham dan ingat". Inilah tujuan asal saya menulis dalam blog "Aku dan Dunia Forex". Pada peringkat permulaan, saya akan memperkenalkan apakah yang dikatakan FOREX dan cuba berkongsi bersama-sama dengan pengikut blog ini tentang kejayaan yang telah dicapai oleh Trader-trader Forex.
Peringkat yang seterusnya adalah asas-asas wajib yang perlu untuk bakal-bakal Trader Forex dalam memilih dan menggunakan platform yang sesuai serta broker-broker Forex mendapat pengiktirafan di AS dan juga UK. Seterusnya, penulis akan membincangkan satu persatu secara lebih terperinci tentang 'indikator-indikator' yang biasa dan sering digunakan oleh Trader Forex yang mana secara tidak langsung akan menjadi "Self-fulfilling prophecy".
Dengan indikator-indikator asas inilah ramai Trader Forex yang kreatif mencipta 'Strategi atau Teknik Baru' dan mendakwa dengan teknik ciptaan mereka boleh menghasilkan 'PIPS' yang banyak setiap kali trade forex. Ada yang boleh digunakan, tetapi sebenarnya ianya lebih kepada untuk menarik trader-trader forex untuk membeli teknik yang direka oleh mereka yang berharga beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu dan sebenarnya pendapatan-pendapatan trader forex seperti ini lebih kepada hasil jualan "teknik" yang didakwa berkesan oleh mereka. Sejujurnya, trader-trader profesional sekalipun bukan sentiasa untung dalam trade forex. Pasaran matawang tidak dapat dikawal dan dijangka sepertimana pasaran saham yang boleh dimanipulasi. Cuma dengan pengetahuan yang ada akan mengurangkan "RISIKO".
Dalam Dunia Forex, "KEUNTUNGAN" yang akan diperolehi berlipat kali ganda sekiranya teknik yang digunakan betul dan juga "KERUGIAN" akan sama seperti keuntungan sekiranya memasuki pasaran Forex dengan pengetahuan yang kurang. Saya mengatakan ini berdasarkan pengalaman selama 3 tahun dalam Dunia Forex.
Peringkat yang seterusnya nanti, saya akan berkongsi teknik-teknik yang mungkin berguna untuk trader-trader Forex.
Ringkasnya, segala penulisan dalam blog 'Aku dan Dunia Forex' ini nanti akan bermula dari asas hingga ke peringkat yang lebih dalam. Insyaallah.....